Sekolah ini telah ditubuhkan pada 19 Jan 1948 di sebuah bangunan di pekan Nilai dengan 27 orang murid. Nama Guru Besar yang pertama ialah En.S.Ayadurai. Bangunan sekolah yang pertama telah dibina dengan ukuran 40' X 20' pada 20.12.1948. Pada masa itu, seramai 52 orang pelajar telah belajar disini dan diketuai oleh En.K.Velu Pillai sebagai Guru Besar. Memandangkan pertambahan pelajar ini, kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan yang mempunyai 2 bilik darjah dan sebuah setor.Pada tahun 1975 sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina oleh kerajaan bagi menampung seramai 270 orang murid.
Selepas beberapa tahun, peningkatan murid telah menyebabkan kerajaan telah membantu membinan sebuah bangunan 3 tingkat. Bangunan tambahan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Muhammad Isa, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, pada 24 September 1990. Pada masa itu Guru Besar sekolah ini ialah En.A.Maniam.
Dewasa ini, sekolah telah mengalami banyak perubahan. Semua bilik darjah yang selama ini berlantaikan simen diganti dengan jubin. Segala perubahan dan kemajuaan sekolah ini diterajui oleh En.R.Gopal selaku Guru Besar yang ke-empat. Dengan perlantikkan beliau sebagai Penyelia Sekolah-sekolah Tamil Negeri Sembilan, En.A.Gopalan telah mengambil alih tempatnya sebagai Guru Besar yang ke lima pada 16 November 2001. Pada16 April 2002 En.R.Gopal telah ambil alih tugas Guru Besar semula. Beliau bersara pada 3 September 2003 dan En.R.Balakrishnan mengambil alih tugasnya pada 20 November 2003. Beliau berpindah ke SJKT Lorong Java dan En.Joseph William mengambil alih tugasnya pada 16 Ogos 2006. Kemudian beliau dilantik sebagai Pegawai di Jabatan Pelajaran Dearah mulai November 2007 dan Pn.Nallammah telah mengambil alih tugasnya sebagai Guru Besar sekolah ini mulai November 2007.
Beliau telah bersara pada 20 Disember 2008 dan diganti oleh Puan. Antony Mary. Kini sekolah ini mempunyai 628 orang murid dan 37 orang guru. Bangunan baru bertingkat empat telah siap dibina pada tahun 2009. Bangunan ini mempunyai bilik khas seperti Bilik Mesyuarat, Bilik Rawatan, Bilik Sains, Bilik Muzi, Bilik Komputer dan lain-lain. Pelajar mula belajar dalam satu sesi mulai 2010.